Wednesday 3 September 2014

R I N D U

Empat, lima bulan yang lalu , Ingat tak malam tu
Buat pertama kalinya, kau meluahkan apa yang kau rasa
Buat aku terkedu seketika
Bermula hari itu sehingga hari ini
Jantung ini berdetak hebat saat menatap kau mata ke mata

Semalam waktu kita berbalas ayat
Kau buat aku mahu
Begini begini begini dengan kau

Kalau jarak kita dekat
Sekarang juga aku datang
Mengetuk pintu rumah kau
Dan mengatakan aku ' Rindu '

Rindu yang kau sendiri
Tak boleh bayangkan

Buat yang kesekian kalinya
Aku jatuh cinta lagi
Pada lelaki yang aku kenal
Empat, lima bulan yang lalu .

No comments:

Post a Comment