Monday 26 November 2012

hiDup maCam Ni LAhh


Hidup tu satu perjalanan yang panjang dan kita sendiri tak tahu bila jalan penamatnya .
Dan perjalanan yang ditempuhi tu bukan la straight forward je . kadang2 ada halangan dekat depan , tepi , belakang mana2 jela . senang kata banyak obstacles . apa barang kalau hidup senang memanjang . tak adventure lah kan ?

                      'MANUSIA TU RAMBUT JE SAMA HITAM , TAPI HATI LAIN - LAIN '

Hidup tu satu realiti bukan fantasi macam dalam cerita Barbie , bukan jugak macam cerita Cinderella ada magic2 bagai .. hihii .. life ? you must face it .
Kau nak hidup tanpa orang yang menyakitkan hati ??
I suggest you just duduk diam2 dalam mimpi kayangan , jangan keluar dan reka lah dunia sendiri . Dunia tak syok tanpa orang yang menyakit kan hati . sebab benda tu lah yang mencorakkan hidup kita . Dari situ kita akan belajar macam mana nak menghadapi orang macam ni . kalau hati dah sakit sangat just pikir ' Ala budak tak matang memang macam tu ' ( cakap macam aku matang sgt lah kan : D )

                                        'JIKA KAU ADA PEMBENCI ITU PERKARA BIASA ,
             KERANA KAU HIDUP BUKAN UNTUK MENGGEMBIRAKAN SEMUA ORANG '

Entahlahh .. aku cuma rasa nak taip sesuatu yang aku rasa , bukan org lain rasa ,
Kalau aku tak suka orang , memang nampak yang aku tak suka . Sebab aku tak pandai nak sembunyi kan memek muka . Kalau aku suka . ye memang nampak aku suka . Aku tak pernah perasan benda ni .Walau pon dah banyak kali aku buat benda yang sama . Sampai lah mak aku yang cakap . Seseorang yang profesinal akan bijak mengawal emosinya dalam masa yang sama tetapi situasi yang berbeza .

Kesah apa aku orang nak suka ke , tak suka ke . Selagi tak ganggu plan hidup aku , itu tak mengapa . Kadang2 aku rasa berdiam tu lebih baik . Entah lah aku tak perlukan kawan yang ramai . takut aku tak terjaga hati orang macam mana mereka jaga hati aku , aku tak perlukan followers yg ramai dekat twitter atau blog . sekadar nak buat diri ni HOT . oohh itu bukan aku !!! Cukup sekadar kawan yg sentiasa ada di sisi dikala susah atau senang , cukup jugak sekadar followers yg sudi baca post2 aku n twit2 aku yang entah apa2 . hihii ~ Orang baik ye aku baik .Sebab sekali aku cakap aku tak suka , memang aku tak suka ! menyemak ok ..

                        'KECANTIKKAN TIDAK DIUKUR DENGAN CANTIK LUARAN ,
                                KECANTIKAN DIUKUR DENGAN CANTIK DALAMAN '

Aku memang cukup tak suka bila orang mula berkata mengenai rupa . Apa yang aku tahu rupa tu bukan penentu segalanya . Kenapa mesti nak cakap ' Allaahhh bukan cantik / hensem sgt orang tu , rupa pon macam bangunan tak siap ' adakah sebab rupa kau lebih baik daripada mereka ?? adakah rupa baik tu hati pon turut baik ?? herr plliizzz llaaa ok cchhooiiiiii ~

So Kesimpulan yang aku boleh buat berdasarkan bebelan aku yang panjang untuk entri kali ni :

Yang indah di mata , kadang2 itu racun tanpa kau sangka / sedar . Jangan terlampau taksub dengan sesuatu yang indah , takut satu hari nanti kau hancur dalam kebencian , derita , perit . Dan jangan menghina sesuatu yang buruk , siapa tahu suatu hari nanti yang buruk yang kau kecam hebat itu madu bagi kau . Kita hidup hanya mampu merancang tapi Dia yang tentukan ...

' allah tak akan makbulkan permintaan / doa kita . Kalau kita tak ikut perintah dia . '
( buat apa Dia nak ikut permintaan kita sebab kita sendiri tah ikut perintah dia . ) renung2 kan ~


No comments:

Post a Comment